Sunday, 2 November 2014

Kali ni nak update biskut lidah kucing plk. klu oven kecik agak lambat nak siapkan satu adunan. biskut ni cepat lembik klu didedahkan. Perlu cpt tutup, klu letak bawah kipas angin lg cpt lembik. hilang kerangupan biskut lidah kucing. Apa bahan-bahannya

BISKUT LIDAH KUCING

250g mentega
175g gula castor
100ml putih telur
200g tepung gandum
50g tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

klu x mau manis, boleh kurangkan gula. sy kurangkan gula sbb klu ikut resepi bg sy rasanya agak manis. 

cara membuatnya:-

1. ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex
2. pukul gula dan mentega hingga berkrim
3. masukkan telur putih sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
4. masukkan tepung dan kaup balik sahaja dgn spatula hingga rata
5. bahagi adunan beberapa bahagian, letakkan pewarna
6. Bakar pada suhu oven 150 selama 15-20 minit. bergantung pada oven masing2. 
7. jangan bakar terlalu lama nnti warna biskut x cantik. warna agak pudar.

BISKUT Y

Senang sangat nak buat biskut Y ni. bahan-bahannya mudah. Semak resepi dibawah:

Secawan gula pasir
3 cawan tepung gandum
180g marjerin

Cara membuatnya:

1. Gaulkan tepung gandum dan gula
2. Masukkan marjerin sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh
3. Tekankan doh tadi pada acuan Y.
4. Bakar suhu oven 150 selama 15-20 minit. bergantung pada oven masing2.


No comments:

Post a Comment